Sunday, September 21, 2008

ingatan kpd kite...

6 perkara jamin puasa sempurna zahir, batin
DOSA yang bermula daripada mulut yang
bercakap sia-sia atau mengeluarkan
perkataan tidak baik pada Ramadan boleh
mengurangkan, malah mungkin sampai ke tahap
membatalkan pahala puasa.

Perkara ini merujuk hadis oleh at-Tirmizi
bahawa Rasulullah SAW bersabda yang
maksudnya: “Sesiapa yang tidak dapat
meninggalkan daripada berkata-kata sia-sia
dan selalu beramal dengannya, maka tiada
apa yang diharapkan oleh Allah walaupun
ketika itu dia meninggalkan makan dan
minumnya (berpuasa).”

(Hadis riwayat Abu Hurairah)Dalam kitab Bahr al-Mazi yang
menghimpunkan hadis dikeluarkan Imam at-
Tirmizi ada disebutkan enam perkara yang
boleh menjamin kesempurnaan puasa,
semuanya berkait rapat dengan anggota
zahir dan batin manusia iaitu:

Memejamkan mata daripada membuat maksiat

Memelihara lidah daripada membuat maksiat

Menjauhkan telinga daripada membuat maksiat

Menegah tangan dan kaki daripada membuat maksiat

Jangan terlalu banyak makan ketika berbuka puasa

Hati yang bergantung kepada Allah antara mengharap dan perasaan takut kepada-Nya.

Orang yang berpuasa bukan sekadar
dikehendaki menjaga mulutnya daripada
berkata kotor dan lucah serta melampau,
malah dituntut mengawal mulutnya daripada
membalas kejahatan mulut orang lain.

Rasulullah dalam pendidikan Baginda
mengambil berat persoalan supaya tidak
membalas kejahatan dengan kejahatan
kerana ia tidak akan menyelesaikan
permasalahan, malah lebih memburukkan keadaan.
Dalam hadis diriwayatkan Abu Hurairah,
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Jika ada orang berkata-kata kotor
kepadanya, maka katakan kepada orang itu b
ahawasanya aku ini berpuasa.

”Hikmah Rasulullah menyarankan demikian
untuk mengelakkan perkelahian dan
perbalahan antara dua pihak saudara Islam
pada bulan mulia ini demi menjaga kesucian
Ramadan.

Ulama ada menyebut bahawa antara punca
hilangnya pahala disebabkan kegagalan
menjaga anggota pancaindera ketika
berpuasa.

Sedekah
hanya dapat dilakukan oleh anggota tangan.

Bacaan dan tadarus al-Quran adalah
gabungan hubungan antara lidah, mulut dan
mata.

Kaki pula akan sentiasa mendorong
manusia melangkah ke rumah Allah untuk
beribadat sama ada solat fardu atau , sunat
Tarawih pada Ramadan.

Ini menunjukkan fungsi serampang dua
mata anggota pancaindera manusia.

Segala amalan dalam Ramadan akan
terhapus angkara perbuatan pancaindera.

Sebagai langkah mengelakkan daripada
pelakuan tidak berfaedah bermula daripada
kejahatan lidah, Islam menyarankan
mengambil langkah berdiam diri dan
mengunci mulutnya bagi memastikan dosa
lidah tidak berlaku.

Umat Islam diminta mengawal lidah
daripada bercakap yang sia-sia.

Asal saja mahu bertutur, pastikan bahawa ia
tidak akan membawa kepada mudarat,
terutama jika membabitkan hubungan
dengan orang lain.

Malah, ada kalanya lebih baik seseorang itu
tidur bagi menjaga pancaindera daripada
melakukan dosa dan maksiat, tetapi dalam
kadar yang ada batasannya.

Semoga kecemerlangan puasa yang
dimulakan dengan niat suci itu terpelihara
mulai dari sahur hingga tiba waktu berbuka
dan diteruskan hingga ke malamnya,
seterusnya sepanjang Ramadan ini.

0 comments: